logo-njc

Peluang tambah pendapatan di sini

Sertai keluarga Nurjannah Collection hari ini. Tawaran istimewa untuk anda!

Kami di sini ingin membantu anda

Konsep Dropship NJC

Konsep Dropship NJC adalah mempromosikan produk-produk NJC tanpa mengeluarkan modal sendiri.  Dropshipper hanya perlu membayar kepada pihak NJC apabila pelanggan sudah membuat pembayaran. Pihak NJC akan mengepos pesanan kepada pelanggan. Dropshipper akan bayar kepada pihak NJC menggunakan wang pelanggan tadi selepas tolak nilai komisen yang diperolehi.

Kelebihan Dropship NJC

  • Pihak NJC ada menyediakan platform tips2 dan bimbingan kepada dropshipper melalui whatsapp group untuk berkongsi tips niaga, iklan, update stock terbaru dan perbincangan sesama dropshippers.
  • Yuran tahunan yang murah.

 

BAGAIMANA DROPSHIP BERFUNGSI

Dropship-Model

Harga Dropship

RM5 untuk setiap item bagi setiap harga jualan RUNCIT
RM1 untuk setiap item bagi jualan secara BORONG

 

Harga COMBO atau SALE
Jika NJC offer kempen harga combo murah. NJC Dropship diberikan harga yang sama dengan COMBO customer (TIADA komisen disini kerana harga yang di offer jauh lebih rendah berbanding normal price yang dropship dapat dan dropship boleh kreatif meletakkan harga jualan masing-masing). Dilarang meletakkan bawah harga jualan NJC

Ingin sertai kami? Bertindak sekarang

Mulakan perniagaan dengan modal yang rendah

Persoalan Berkaitan Dropship

Jawapan untuk setiap persoalan anda ada di sini!

PRODUK & STOK

Bolehkah saya menjual semua produk NJC?


Ya boleh. Anda boleh menjual semua produk yang diiklankan di website kami.

Berapakah kekerapan pihak NJC update stock baru?


Bergantung kepada produk yang kami keluarkan. Setiap stock baru kami akan inform dalam whatsapp group atau secara terus di website.

Bolehkah dropship menggunakan gambar sebagai pemasaran produk?


Boleh. Dropshipper boleh ambil gambar di website, FB, ataupun Ig bagi tujuan pengiklanan. Selain itu, terdapat gambar yang asli dari pihak kami dan gambar ini hanya boleh digunakan oleh Dropshipper kami sahaja.

Bagaimana saya hendak tahu samada stok ada atau tidak?


Pihak NJC akan sentiasa mengupdate stock diwebsite. Hanya produk-produk yang masih available dipaparkan.

Bagaimana jika terdapat masalah seperti warna barang yang dipesan tidak sama seperti yang tertera di gambar?


Perlu diingatkan, warna gambar studio tidak 100% sama seperti gambar. Warna bergantung kepada factor pancahayaan, cuaca, brightness handphone, tablet dan komputer masing-masing.

Bolehkah saya menjual semua produk dalam kuantiti yg banyak?


Ya, boleh. Bergantung kepada stock yang ada

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya gambar produk yang saya perlukan tiada di katalog website NJC?


Setiap kali produk baru dikeluarkan, Save as gambar-gambar dari katalog NJC, copy & paste maklumat produk yang ingin anda iklankan di tapak2 iklan yang anda sertai.

HARGA & KOMISYEN

Bolehkah saya membeli harga borong?


Boleh, pihak kami akan menghantar terus barang kepada anda setelah anda mendaftar menjadi dropship kami.

Berapakah commission dropship perolehi?


Harga Dealer akan tertera di www.nurjannah.com.my apabila anda sah menjadi agen dropship kami

Berapakah harga post yg dichargekan kepada pembeli?


Charge postage yang dikenakan kepada pembeli adalah berbeza mengikut item bergantung kepada berat barang dan jugak bilangan pcs barang.
*Sila rujuk table yang kami sediakan di website

Adakah ejen dropship dibenarkan untuk menjual dengan harga yang lebih mahal dari harga yang NJC tawarkan di laman web?


Ya, dibenarkan bergantung kepada strategi pemasaran masing-masing.

Adakah agent dropship dibenarkan untuk menjual dengan harga yang lebih murah atau menawarkan program diskaun sendiri?


Pihak kami tidak membenarkan setiap reseller meletakkan harga yang lebih murah dari yang ditawarkan di laman web kami www.nurjannah.com.my. Keahlian id reseller akan terbatal sekiranya kami dapat mengenalpasti sesiapa yang berbuat demikian.

ORDER

Bagaimana cara untuk submit order di laman web?


Setelah anda mengambil order dan pembayaran daripada pelanggan (bergantung kepada cara anda sendiri), anda perlu meletakkan order melalui laman web kami.
Sebagai dropship anda akan melihat 2 harga Retail & Reseller, harga anda ialah harga Reseller, secara automatik jika anda membuat tempahan, tempahan anda dikira sebagai harga reseller.
Pihak kami akan menghantar pembelian tersebut terus ke alamat pelanggan anda yang biasanya mengambil masa dalam 2 hingga 5 hari. Sila pastikan juga anda mesti membuat 1 pembelian bagi 1 alamat pelanggan anda. Contohnya, sekiranya anda mempunyai 2 pembelian daripada 2 orang pelanggan berlainan alamat, sila lakukan 2 pembelian berasingan.
Sila pastikan juga anda telah memasukkan id reseller anda untuk diletakkan sebagai rujukan dibahagian pengirim.

Adakah pihak NJC gunapakai konsep Booking?


Tidak, kerana banyak masalah yang timbul akibat dari konsep tersebut. First Order First Served

Bagaimana jika saya ingin membuat ORDER URGENT selepas 3 ptg?


Maaf, kami mengikut standard operation procedure ( SOP ). Setiap pesanan yang diterima melebihi 3 ptg akan dipos pada keesokan hari @ pada hari pengeosan

Siapa yang saya harus dihubungi jika terdapat pertanyaan dan masalah?


Boleh hubungi admin NJC secara Whatsapp personal @ berbincang didalam Whatsapp group.

Bolehkah pesanan dibatalkan?


Tidak dibenarkan. Dinasihatkan sebelum membuat pembayaran, pelanggan harus memastikan kod order, kuantiti barang, dan harga adalah betul. Pembatalan pesanan hanya dibenarkan dengan penukaran barang yang sama harga @ lebih dengan bersyarat.

Bagaimana saya ingin mengetahui status tempahan saya dah di hantar atau belum?


Kami mempunyai sistem website yang terus memberikan maklumat selepas anda menghantar pesanan.
a) Pihak kami akan menghantar tempahan pada hari yang sama jika anda membuat tempahan sebelum jam 3 petang
b) Kami akan memberikan no order # di dalam account id reseller anda.
c) Setelah anda menerima NO TRAKING dari pihak kami maka tempahan anda telah di hantar ke pos laju untuk dihantar kepada customer anda. ( No traking akan diterima sebelum jam 6.30pm)
Anda juga boleh melihat status order anda di website www.nurjannah.com.my bahagian reseller.

Bagaimana saya perlu memastikan order saya akan di hantar pada hari yang sama?


Anda hanya perlu membuat tempahan & membuat pembayaran sebelum jam 3 ptg

Adakah pihak NJC menetapkan minimum order setiap kali pembelian?


Tidak ada syarat yang ditetapkan.

PENGHANTARAN & PEMULANGAN

Apakah servis kurier yang digunapakai oleh pihak NJC?


Kesemua pembelian dihantar dengan menggunakan perkhidmatan Pos Laju.
Demi menjaga kepentingan anda bersama pelanggan anda, di ruangan borang Pos Laju Kami tidak akan mendedahkan harga sebenar yang diterima oleh anda kepada pembeli.

Adakah maklumat pengirim adalah alamat dropship atau pihak NJC?


Atas sebab kontrak bersama poslaju, pihak kami hanya menggunakan alamat HQ NJC sahaja sebagai alamat pengirim. Walaubagaimanapun, Id reseller anda akan kami sertakan sebagai dropship sah kami.

Berapa hari tempahan akan sampai kepada pelanggan?


Pengeposan akan diuruskan setiap hari, bermula ISNIN – JUMAAT. Semua tempahan biasanya akan sampai dalam masa 1- 2 hari bekerja bergantung kepada kawasan. SINGAPORE & BRUNEI selama 4 - 5 hari bekerja

Siapa yang akan mambayar kos pemulangan barang yang rosak @ mahu ditukar?


Bergantung kepada situasi.
1. Kecacatan pengilang @ item yang salah dihantar – pihak syarikat akan menanggung kos pemulangan barang
2. Penukaran barang yang lain – pelanggan yang akan menanggung 2x kos penghantaran

Apakah saya akan menanggung apa-apa risiko semasa penghantaran di lakukan?


Kami tidak menanggung sebarang risiko selepas penghantaran seperti kehilangan @ kerosakan. Kami akan sentiasa memastikan semuanya elok sebelum dipostkan. Jika terdapat masalah semasa proses penghantaran anda boleh terus menghubungi postlaju untuk maklumat lanjut 1300-300-300 .

Bolehkah pelanggan menukar produk selepas kiriman diterima?


Tidak boleh. Disarankan pelanggan mengukur saiz dan memastikan kod barang adalah betul sebelum membuat pembayaran.

Bagaimana jika pelanggan menerima barang rosak?


Itu tidak mungkin berlaku kerana kami akan memeriksa setiap barang sebelum dipos. Tetapi jika berlaku juga, kami akan gantikan dengan yang baru.

KEAHLIAN

Adakah pihak NJC meletakkan target jualan setiap bulan?


Kami tidak meletakkan target jualan, tetapi setiap reseller harus mambuat jualan sekurang-kurangnya 2 kali sebulan.

Apa akan terjadi jika saya tidak aktif?


Jika anda tidak aktif membeli selama 3 bulan berturut-turut automatik id reseller anda akan terminate & jika anda ingin membeli, anda hanya mendapat harga retail. Anda perlu membayar harga reseller untuk mendapatkan id seller anda semula.

NJC hanya menawarkan yuran sebanyak RM50 untuk komitmen setiap reseller.

Jika anda serius ingin menjana pendapatan dengan kami, muat turun &
baca Terma & Syarat Dropship NJC di sini dan klik butang di bawah.

MULAKAN PERNIAGAAN ONLINE
DENGAN DROPSHIP

SERTAI KAMI SEKARANG!